Tags: Keluarga, Kanak-kanak

Saringan Pendengaran dalam Kalangan Kanak-Kanak: Antara Keperluan dan Cabaran

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Mohd Khairi Md Daud
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674613204
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Bahasa untuk berkomunikasi dan persekitaran yang sesuai amat penting untuk kematangan kanak-kanak. Namun begitu, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran tidak akan mendapat kemahiran komunikasi yang baik dan hal ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk berhubung dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh sebab masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak tidak dapat dilihat secara f..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo

Bahasa untuk berkomunikasi dan persekitaran yang sesuai amat penting untuk kematangan kanak-kanak. Namun begitu, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran tidak akan mendapat kemahiran komunikasi yang baik dan hal ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk berhubung dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh sebab masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak tidak dapat dilihat secara fizikal, diagnosis dan rawatan selalunya lewat diberikan. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat dipulihkan secara maksimum. Kehilangan pendengaran yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal akan menimbulkan masalah komunikasi dan perkembangan bahasa, masalah sosial dan emosi, serta pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam bidang akademik. Justeru, ujian saringan pendengaran dalam kanak-kanak amat perlu dilakukan. Protokol pemeriksaan pendengaran perlu disemak semula dengan tambahan masa untuk memberi penjelasan kepada ibu bapa. Instrumen yang boleh mendiagnosis kehilangan pendengaran perlu direka agar dapat mengurangkan keputusan positif palsu. Kit diagnostik yang baik akan dapat mengurangkan kadar rujukan yang tinggi dan oleh itu akan mengelakkan ibu bapa mendapat kebimbangan yang tidak perlu. Jika bilangan bayi rujukan rendah, masalah dengan kadar ketidakhadiran susulan boleh diminimumkan dan bilangan yang kecil ini lebih mudah untuk dikesan semula. Pengenalpastian gen kepekakan akan memudahkan pemahaman tentang proses molekul berkaitan ­­­­pendengaran dalam masyarakat kita, dan ia menawarkan prospek untuk ujian DNA.­­

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha